Thursday, March 15, 2012

Upgrade My Mood

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah masih mampu bernafas di bumi ALLAH ini.

Lama sudah tidak update my blog. Busy yang tidak pandai abis...sabor ja la..
Mau cerita pasal upgrade semangat nie,,
Beberapa minggu ni my mood sangat teruk.
Dont know la apasal..
Ni aku mau upgrade supaya mood jg okey..
Tidak best bah kalo mood tidak ok ni...Kin panas ja,,

Senyum selalu,
jangan marung,
Yakin selalu,
jangan lemah semangat..Chaaayookkkk...

Wasalam...:-)

Sunday, November 20, 2011

:::Aku ni FANATIK dengan GAME kah?:::

Assalamualaikum warga blog...
Salam Sejahtera..
Salam 1Malaysia..:-)

Lama dah tidak mencarut di blog ni..
almaklumlah busy dengan kerja,,,
lagi2 dengan game..

Apa bole buat,FB pun banyak betul game yg menarik..
aku pun apa lagi jadilah penagih game yang gian..huahuahua..
nasib baik kerja siap wlpn main game..
Dari msk opis smpi ke petang main game..aduyaiiii

Maka dengan ini bolehlah aku diistiharkan sebagai FANATIK game..hahahahaha...

krdt from Google





















KasihkuAbadi,
DebungaChinta

Wednesday, October 19, 2011

::: Jangan Bunuh Impianku :::

Assalamualaikum semua.....

Harapnya semua dalam keadaan OK dan dapat melalui hari2 yang mendatang dengan baik...
Hari ni mood tak berapa OK....
Sabar ja la..
banyak dugaan..
Apa bole buat..
Nasib badan..

Setiap insan pasti ada impian kan..betol tak?
Begitu juga dengan empunya blog ini...
Impian yang mudah pun ada sahaja halangan...
Apa bole buat...

Kerna sikap tidak mahu menyembunyikan apa2 sahaja daripada orang yang berhak utk ambil tahu,,,,
terus terang jadi penyelesaian......
Dan akhirnya,,,
Impian hanya tinggal impian...

Mungkin dia tidak paham,
atau aku yang tidak paham,
last2 aku juga yang memendam....

Sabar ja la...
Mesti ada hiklmah semua ni...

Buat dia yang berhak untuk ambil tahu apa sahaja tentang diriku.....
'Janganlan bunuh Impianku'
Aku juga punya hak untuk memenuhi keinginan untuk diri sendiri....


Tuesday, October 18, 2011

::: Alkisah Suaraku :::



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni berkesempatan untuk update blog yg sudah lama tidak di update...hihihi
Hari ni story pasal suara...
Tetiba pula mau cerita lain dari yg lain...
Jom layannnnnn........


Kisah 1
Ehmmmm.....
Hari tu tugas aku jadi telefonis tidak bertauliah di opis..huahuahua...
Dapatlah satu panggilan dari sorang teman jauh tp mesra...

Kringgg...Kringgg...

Aku  : LKIM Labuan, Selamat Pagi
Cik Kawan  : Selamat Pagi..Boleh bercakap dengan DC ( cehh..bukan nama sebenar )
Aku  : Ya, DC bercakap..
Cik Kawan : DC ka ni? aik napa suaramu mcm budak2..comel...
Aku : Hah, suara aku mcm budak2 ka? (perasaan jak aku lebih ?) hihihi

* Pssttt....Suara Oh Suara...


Kisah 2

Time aku ikut satu perkhemahan sekolah dulu ada sorang teman bawa bercerita..
Tetiba, syok2 bercerita tu, sorang kwn tgh lalu dekat dengan tempat kami bergosip...

Dia terus berhenti dan menoleh tgk aku...
Then dia cakap..
" DC suara ko macam suara pelakon hindustan tu la...sapa namanya tu...( Si kawan tgh berfikir)
Hah,,,macam suara Rani Mukerjee ( betul ka ejaan tu )

Aku apa lagi terus bagi senyuman Madhuri Dixit...cehhhhhhh....



Suara Macam Rani Mukerjee


Senyuman macam Madhuri Dixit.....

Haaaaa.....sapa mau jawab....hihihihi

P/s Sudah2lah berangan tu DC ooiii
      Bersyukurlah dengan apa yang ada...:-)





Wednesday, August 24, 2011

::: Mood Hari Raya :::

Assalamualaikum wbrt..
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk mencoret lagi...:-)

Cerita pasal mood hari raya semestinya menyeronokan... Mana tidak, pergi mana2 ja pasti lagu raya yang berkumandang..hihi
Rasanya aku pun  hafal dah lagu-lagu raya tu..

Di opis ni pun tengah layan lagu raya.. Ni belum lagi p shopping mall..hihi
Apapun raya kali ini aku happy sangat2..
Sebab aku punya befday sambut sama2 dengan raya.gitu juga ulang tahun perkhwainan my parents yang ke 36 tahun ( Wow... Sudah lama my bapa & mama hidup bersama, semoga mereka akan kekal bahagia Dunia akhirat..amin )

Raya kali ni juga first time beraya dengan suami walapun dah khawin masuk 2 tahun..hihii
First time la nie cium tangan suami d pagi raya...InsyaALLAH

To all my family, my saudara seislam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Semoga kita beroleh keberkatan dariNYA..


KasihkuAbadi,
Debunga Chinta






Monday, August 1, 2011

::: Ramadhan Yang Ditunggu :::

Assalamualaikum w.b.r.t..
Alhamdulillah, syukur padaNYA kerana aku masih diberi peluang dan kesempatan untuk mencoret...

Bulan Ramadhan pada kali ini sememangnya amat kutunggu, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Ramadhan kali ini amat istimewa aku rasakan.
Mungkinkah Ramadhan kali ini adalah terakhir untukku?...Wallahualam.
Apapun aku amat bersyukur telah dapat menggatikan puasaku yang lalu, alhamdulillah..

Apa yang aku harapkan pada Ramadhan kali ini adalah :-

*  Aku dapat melaksanakan puasaku dengan sempurna dan penuh penghayatan

*  Aku dapat menghiasi puasaku dengan banyak amalan-amalan lain ( zikir, solat sunat )

*  Aku dapat meraikan dan menganagungkan bulan Ramadhan ini dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,  
    InsyaALLAH.

*  Semoga Ramadhan yang aku jalani kali ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga segala amalanku
    diterima olehNYA...

Buat saudara seislamku semua, semoga kita dapat mempertingkatkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Mungki tahun depan kita tidak akan dapat menikmati lagi keindahan Ramadhan ini...
Oleh itu, bersama-sama kita mengambil kesempatan untuk mempertingkatkan segala ibadah...

Semoga amalan kita diterima olehNYA,, amin.

Tidak sabar rasanya menjalani Ramadhan kali ini,,,Semoga segalanya dipermudahkan olehNYA...


KasihkuAbadi,
Debunga Chinta

Wednesday, July 27, 2011

:::Cerita Sekeping Hati:::

Assalamualaikum....
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk mencoret di blog yang jarang aku update ini...
Selama ini aku ada teman yang betul2 aku percayai untuk meluahkan perasaan. Tapi sekarang, sejak kami terpisah kerana tuntutan pekerjaan, hanya blog ini dan kertas kosong tempat aku luahkan segala terbuku di jiwa...

Kini, sekeping hatiku bagai dibawa pergi, kerana sikap ego, tidak mahu mengalah, aku bagai hilang punca..
Aku keliru dengan apa yang berlaku,,,akukah yang bersalah atas apa yang berlaku? Entahlah,,,aku pun tak pasti..

Aku cuba mencari kekuatan diri, mencari punca semua ini, makin aku berfikir, semakin kepalaku sakit...
Berkongsi cerita secara face to face dengan orang lain amat susah kurasakan... Mungkin airmata yang lebih daripada cerita yang dikongsi..

Aku berharap aku akan temui jalan penyelasaian semua kekalutan ini...
Semoga selepas ini aku akan terus bersikap positif, punya motivasi diri yang tinggi, berubah menjadi insan yang bersikap rasional dan tidak mudah melatah...

Ketika menaip catatan ini pun kepala rasa berat, badan rasa letih, emosi rasa kurang stabil...
Apapun semuanya mesti diteruskan...

Semoga segalanya dipermudahkan...

Kasihku Abadi,
Debunga Chinta