Wednesday, July 27, 2011

:::Cerita Sekeping Hati:::

Assalamualaikum....
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk mencoret di blog yang jarang aku update ini...
Selama ini aku ada teman yang betul2 aku percayai untuk meluahkan perasaan. Tapi sekarang, sejak kami terpisah kerana tuntutan pekerjaan, hanya blog ini dan kertas kosong tempat aku luahkan segala terbuku di jiwa...

Kini, sekeping hatiku bagai dibawa pergi, kerana sikap ego, tidak mahu mengalah, aku bagai hilang punca..
Aku keliru dengan apa yang berlaku,,,akukah yang bersalah atas apa yang berlaku? Entahlah,,,aku pun tak pasti..

Aku cuba mencari kekuatan diri, mencari punca semua ini, makin aku berfikir, semakin kepalaku sakit...
Berkongsi cerita secara face to face dengan orang lain amat susah kurasakan... Mungkin airmata yang lebih daripada cerita yang dikongsi..

Aku berharap aku akan temui jalan penyelasaian semua kekalutan ini...
Semoga selepas ini aku akan terus bersikap positif, punya motivasi diri yang tinggi, berubah menjadi insan yang bersikap rasional dan tidak mudah melatah...

Ketika menaip catatan ini pun kepala rasa berat, badan rasa letih, emosi rasa kurang stabil...
Apapun semuanya mesti diteruskan...

Semoga segalanya dipermudahkan...

Kasihku Abadi,
Debunga Chinta

Thursday, July 7, 2011

::: Akukah Yang Bersalah :::



Aku kah yang bersalah...
hingga semua ini terjadi...
yang membuat hatinya juga hatiku terluka...
yang meragut rasa cinta dan kasihku padanya...

Akukah yang bersalah...
yang membuat airmatanya juga aku menitis...
meratapi semua yang berlaku...

Akukah yang bersalah...
membuat hati menderita...
membuat jiwa sengsara...
merobek rasa bahagia...

Akukah pelaku semua ini...
Tanpa sedarku...
Tanpa pintaku...

Entahlah...

Yang aku pasti...
hatiku terluka dengan semua ini...
jiwaku merana dengan realiti ini...
Aku jadi lemah tak berdaya...



Ya ALLAH...
Kuatkanlah hati hambaMU ini...
Jauhkanlah dari berpaling dariMU
Dekatkanlah aku denganMU
bantulah aku menghadapi semua ini...
Hanya ENGKAU tempat aku menyerah diri...


KasihkuAbadi
DebungaChinta


P/s :- gambar diambil dari Google

Wednesday, July 6, 2011

:::Biarkan Aku Sendiri:::

Teman,,,
Biarkan aku sendiri,
Melalui semua ini,
Jangan ragui kemampuanku,
kerana hanya aku yang tahu.

Teman,,,
Biarkan aku sendiri,
Menempuh semua dugaan ini,
Jangan patahkan semangatku,
Aku akan terus bertahan.

Teman,
Biarkan aku sendiri,
Biar kekasihku yang satu menemaniku,
hanya DIA kasihnya yang abadi serta suci..

Biarkan aku sendiri...

KasihkuAbadi,
DebungaChinta